Wednesday, November 19, 2008

MAKAN MALAM AMAL



MAJLIS MAKAN MALAM AMAL


Usrah Kebajikan Profesional Malaysia (UKP)



PENDAHULUAN

Persatuan Usrah Kebajikan Profesional atau nama singkatannya UKP telah ditubuhkan pada 1995 dan diluluskan pendaftaran sebagai sebuah badan bukan kerajaan (NGO) pada 17 Januari 1997 dengan nombor pendaftaran 6078/97 (Selangor). UKP merupakan sebuah NGO yang menjadikan medan kebajikan dan dakwah sebagai metod dan sasaran usaha untuk menggalakkan lagi penglibatan kalangan profesional dalam aktiviti sosial dan dakwah.

Sejak ditubuhkan sebelas tahun yang lepas, UKP telah berjaya menghimpunkan hampir 2000 orang ahli yang terdiri daripada pelbagai latar belakang seperti ahli karporat, ahli akademik, ahli politik, pegawai kerajaan, pegawai swasta dan pelbagai sektor yang lain.

Tahun 2008 menonjolkan lebih satu dekad UKP sebagai NGO yang pada dasarnya mempunyai tujuan dan matlamat yang penting kepada masyarakat. Justeru itu Malam Tautan Muhibbah yang dianjurkan ini merupakan pemacu kepada UKP untuk komited dengan usaha kebajikan dan dakwah ke arah merealisasikan matlamat dan tujuan penubuhannya seiring dengan persekitaran semasa dan dinamik.

JUSTIFIKASI

Program ini dianjurkan sebagai satu usaha memberi penjenamaan semula kepada UKP selaku NGO yang dapat memainkan peranan menyatukan profesional Muslim seluruhMalaysia sekaligus memberi sumbangan ke arah kemajuan masyarakat Islam di Malaysia.

OBJEKTIF

  1. Melancarkan penjenamaan semula UKP ke arah organisasi bukan kerajaan (NGO) yang konsisten memupuk keperibadian Muslim dan melaksanakan usaha dakwah dan kebajikan kepada masyarakat.
  2. Menghimpun dan menyatukan profesional Muslim seluruh Malaysia yang menganggotai UKP.
  3. Mengumpul dana bagi menjalankan usaha-usaha kebajikan dan kegiatan yang bersesuaian dengan prinsip-prinsip Islam.
  4. Menyebarluaskan peranan, fungsi dan kewujudan UKP kepada masyarakat selaku NGO yang komited dengan usaha kebajikan dan dakwah.





PENGENALAN TABUNG PENDIDIKAN UKP


Pembelajaran dan pendidikan merupakan antara satu aspek terpenting khususnya kepada anak-anak. Ia bukan sekadar satu proses mendapatkan ilmu dan nilai di sebalik pembelajaran tersebut bahkan ia bakal menentukan masa depan dan kebergantungan seseorang itu kelak.

Justeru itu Persatuan Usrah Kebajikan Profesional memperkenal dan melancarkan Tabung Pendidikan UKP. Tabung ini dilancarkan bagi memastikan kebajikan anak-anak tahanan ISA dari sudut pendidikan dan pembelajaran terjamin. Hal ini selaras dengan tuntutan semasa kerana belum banyak skim atau simpanan khusus yang disediakan oleh mana-mana organisasi, badan bukan kerajaan dan sebagainya yang menyediakan dana kewangan khusus bagi anak-anak ini untuk meneruskan pendidikan. Apa yang disediakan adalah peruntukan umum yang perlu dibahagikan secara bijaksana oleh si ibu dalam meneruskan kehidupan mereka tanpa adanya tempat bergantung. Oleh sebab itu tabung pendidikan ini bersifat tetap dan berjangka panjang bagi memastikan pendidikan anak-anak ini tidak terhenti kerana masalah kewangan bahkan berjaya sehingga ke menara gading.

OBJEKTIF

  1. Mengumpul dan menyediakan dana kewangan yang khusus untuk pendidikan anak-anak tahanan ISA.
  2. Memastikan pendidikan anak-anak tersebut terjamin dan berterusan tanpa masalah-masalah kewangan yang berkaitan.
  3. Menjadi saluran kepada masyarakat yang ingin membantu golongan yang susah dan teraniaya ini secara berkesan dan komprehensif.
  4. Menyebarluaskan peranan, fungsi dan kewujudan UKP kepada masyarakat selaku NGO yang komited dengan usaha kebajikan.

Aturcara Majlis

SUARA ANDA